~~~~~~~~~~~~-ANn-Nys-~~~~~~~~~~~~: L3L@K! K3 P3R3MPU@N

Khamis, 4 Ogos 2011

L3L@K! K3 P3R3MPU@N

Lelaki,
Lelaki bujang kena tanggung dosa
sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung 
oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena
tanggung dosa sendiri,
dosa isteri, dosa anak perempuan yang
yang belum baligh
BERATKAN??

Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa baginya
terutama 
anak lelaki yang tua,
manakala perempuan tidak,
perempuan hanya perlu
taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau buat tak baik
dosanya ditanggung oleh suami.
BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini
wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh
membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan
isteri lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang 
bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya seperti
gunung dengan semut.

Tapi orang lelaki ada keistimewaannya
yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu,
kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitu kira-kiranya.

Wanita
Auratnya lebih susah dijaga
berbanding lelaki,
Perlu meminta izin dari suaminya
apabila mahu keluar
rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang daripada lelaki
Perlu menghadapi kesusahan
mengandungkan dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami
tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana
masalah haid dan nifas yang tak ada
ada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga
dan dibelai serta disimpan di tempat
yang tersorok dan selamat.
Sudah pasti intan permata tidak akan
dibiarkan bersepah-sepah bukan??
Itulah bandingnya dengan seorang wanita.

Wanita menerima pusaka kurang
daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada suaminya, manakala
lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya
untuk menyara isteri dan anak-anaknya.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:
> Isterinya
>Ibunya
>Anak Perempuannya
> Saudara Perempuannya

Manakala seorang wanita pula
tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 orang lelaki ini:
>Suaminya
>Ayahnya
>Anak Lelakinya
>Saudara Lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu
syurga melalui mana-mana pintu syurga
yang disukainya cukup dengan 4
syarat sahaja:
*Sembahyang 5 waktu
*Puasa di bulan Ramadhan
*Taat kepada suaminya
*Menjaga Kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad
fisabilillah
tetapi wanita jika taat akan suaminya
sera menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH SWT
akan turut menerima pahala seperti 
pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...... sayangnya
ALLAH pada wanita.....
Seorang wanita adalah pelengkap 
dan sememangnya istimewa di
sisi seorang lelaki
tetapi ingatlah wahai lelaki...
kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi ALLAH,
maka dengan sebab itu DIA
mengangkat kamu
menjadi pemimpin...maka dengan
keistimewaan itu,
JAGALAH dah HARGAILAH
wanita sebaik-baiknya...supaya
kelak masing-masing lelaki dan
wanita dapat pulang mengadap 
Allah dalam keadaan istimewa
disisiNYA........





Tiada ulasan: